Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Dan kini telah dijajarkan dibawah Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
YAWAS telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan sosial yang disasarkan kepada rakyat Negeri Selangor, khususnya yang melibatkan kanak-kanak, pendidikan awal, serta bantuan kebajikan. Antara program utama YAWAS adalah seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra (Baucar), Skim Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar), Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Iltizam Anak Selangor (ANAS), Iltizam Penjagaan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) dan yang terbaru adalah Khairat Darul Ehsan (KDE).
Berdasarkan Perkara 3 dalam Memorandum and Articles of Association (M&A) , penubuhan YAWAS adalah untuk mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana untuk digunakan semata-mata bagi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari 2008.
Penetapan tarikh 1 Januari 2008 ini adalah suatu titik permulaan pada penubuhan Tabung Warisan Anak Selangor yang merupakan salah satu program di dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 2008.
Yayasan tersohor dalam pengurusan kebajikan anak-anak Selangor
>> Warga kerja yang berwibawa professional dan kompeten
>> Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
>> Pengurusan dana yang telus dan berintegriti
>> Kecemerlangan kualiti operasi yang berterusan
>> Pengurusan pentadbiran yang diyakini dan dipercayai