Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.
Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utamanya adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.
Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita Selangor ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 50 tahun ke atas. Program ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor
Untuk Permohonan dan Semakan Lanjut boleh ke Laman Sesawang SKWS di https://skw.yawas.com.my/