FAQ

MEMBER PORTAL

FAQ PROGRAM BANTUAN MASUK SEKOLAH AHLI TAWAS KELAHIRAN TAHUN 2015 BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2022

 
  1. Soalan:
 
Siapakah yang layak menerima Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS tahun 2015 bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2022?
 
Jawapan:
 
Hanya ahli TAWAS kelahiran tahun 2015 sahaja yang layak menerima manfaat tambahan ini bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2022.
 
  1. Soalan:
 
Bagaimana cara untuk mengemaskini maklumat ahli TAWAS bagi mendapatkan manfaat tambahan ini?
 
Jawapan:
 
Ibu dan bapa ahli TAWAS kelahiran tahun 2015 boleh mengemaskini maklumat nombor telefon, alamat tempat tinggal dan lokasi serahan bantuan melalui atas talian di laman sesawang www.tawas.yawas.my
 
  1. Soalan:
 
Bagaimana serahan bantuan ini akan diberikan?
 
Jawapan:
 
Serahan bantuan ini akan diberikan melaui pejabat ADUN yang telah dinyatakan dalam sistem Aplikasi YAWAS sahaja.
 
  1. Soalan:
 
Bolehkah pengambilan bantuan ini diambil selain di kawasan ADUN yang dinyatakan?
 
Jawapan:
 
Tidak dibenarkan sama sekali. Pengambilan bantuan hanya boleh dilakukan di ADUN yang dinyatakan sahaja dalam Sistem Aplikasi YAWAS.
 
  1. Soalan:
 
Bagaimana cara untuk mendapatkan kod QR unik bagi membuat tuntutan manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2015?
 
Jawapan:
 
Kod QR unik hanya boleh diperolehi oleh ahli TAWAS kelahiran tahun 2015 sahaja melalui pendaftaran Aplikasi YAWAS. Ibu atau bapa perlu memuat turun Aplikasi YAWAS ini melalui “Apps Store” atau “Google Store” diperanti telefon pintar serta mengisi maklumat varifikasi bagi melayakkan manfaat tambahan ini dapat ditebus.
 
  1. Soalan:
 
Apakah yang perlu dibawa ketika membuat tuntuan manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2015?
 
Jawapan:
 
Ibu atau bapa ahli TAWAS kelahiran tahun 2015 hanya perlu menjana kod QR unik melalui Aplikasi YAWAS terlebih dahulu. Seterusnya, perlu hadir ke pejabat ADUN yang berkenaan untuk pemberian bantuan dengan cara semakan sahlaku Kod QR unik oleh pejebat ADUN tersebut.
 
 
  1. Soalan:
 
Siapakah yang layak menjadi pengganti bagi ibu atau bapa jika tidak boleh hadir membuat manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2015?
 
Jawapan:
 
Hanya yang mempunyai pertalian saudara sahaja layak menjadi pengganti berdasarkan senarai berikut:
 
  1. Datuk
  2. Nenek
  3. Adik kandung
  4. Kakak kandung
  5. Abang kandung
 
  1. Soalan:
 
Adakah ahli TAWAS selain kelahiran tahun 2015 layak menerima manfaat ini?
 
Jawapan:
 
Tidak layak selain ahli TAWAS kelahiran 2015.
 
  1. Soalan:
 
Berapakah tempoh masa yang diberi oleh ibu dan bapa ahli TAWAS kelahiran tahun 2015 untuk membuat tuntutan manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2015?
 
 
 
Jawapan:
 
Tempoh serahan Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran tahun 2015 adalah selama tiga (3) bulan bermula 22 November 2021 hingga 22 Februari 2022.
 
  1. Soalan:
 
Apakah bentuk bantuan yang akan diterima bagi Program Bantuan Masuk Sekolah Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2015?
 
Jawapan:
 
Bentuk bantuan yang akan diterima oleh ahli TAWAS kelahiran tahun 2015 bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2022 adalah seperti berikut:
 
  1. Bag sekolah (1 unit)
  2. Botol air (1 unit)
  3. Bekas makanan (1 unit)
  4. Bag tuisyen (1 unit)
  5. Pensil (2 batang)
  6. Pensil warna (12 batang)
  7. Buku nota (1 unit)
  8. Pemadam (1 unit)
  9. Peraut pensil (1 unit)
  10. Pembaris (1 unit)
  11. Hand sanitizer” (100 ml)
  12. Pelitup Muka (1 unit)