Dasar Privasi

Dasar Privasi

Apakah Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpulkan dan Bagaimana Kami Mengumpulnya:

Kami memperolehi data ini daripada anda apabila anda memohon untuk sebarang produk dan perkhidmatan kami dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
   a) Melalui perhubungan anda dengan kami, sebagai contoh maklumat yang anda berikan dalam borang permohonan, apabila menggunakan produk atau perkhidmatan kami, apabila mengambil bahagian di dalam tinjauan         pelanggan, pertandingan dan promosi,
    b)Melalui perdaftaran aplikasi YAWAS dan laman sosial YAWAS.
 
Bagaimana Kami Menggunakan Data Peribadi Anda
Kami menggunakan data peribadi anda untuk salah satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:
    a) untuk membuktikan identiti dan latar belakang anda;
    b) untuk menilai dan memproses permohonan/permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan kami;
    c) untuk membolehkan kami mempertimbangkan sama ada untuk memberikan atau terus memberikan kepada anda mana-mana produk dan perkhidmatan kami;
    d) untuk mengurus perniagaan kami dan perhubungan anda dengan kami dengan lebih baik;
    e) untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami dan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan baru;
     f) untuk memberitahu anda berkenaan manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan;
    g) untuk mentadbir tawaran, pertandingan, kempen dan promosi
    h) untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian secara umum;
     i) untuk mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;
     j) untuk menghasilkan data, laporan dan statistic  
    k) untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
 
Pendedahan Data Peribadi Anda
Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda dan pengurusan dan/atau operasinya, kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut:
  1. Syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi dalam YAWAS
  2. Syarikat-syarikat dan/atau organisasi-organisasi yang bertindak sebagai ejen ,vendor dan/atau penasihat profesional kami;
  3. Syarikat-syarikat bahawa kerajaan negeri Selangor;
  4. pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang mengendalikan penyiasatan berhubung dengan apa-apa kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;
 
Keselamatan Data Peribadi Anda
Maklumat adalah aset kami dan oleh yang demikian, kami meletak kepentingan yang tinggi dalam memastikan keselamatan data peribadi anda. Kami kerap menyemak dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan organisasi dan teknikal yang terkini semasa memproses data peribadi anda. Pekerja-pekerja kami dilatih untuk mengendalikan data peribadi dengan selamat dan dengan penghormatan yang tertinggi, di mana sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin.